Isnin, 1 Mac 2010

Selamat Datang Ke SMK Bandar Baru Perda


SEJARAH SEKOLAH
SMKBBP terletak kira-kira 2 km ke arah barat Bandar Bukit Mertajam dan 10 km ke timur bandar Butterworth, berada di dalam bandar PERDA di antara Pangsapuri Permata dan Kondominium Mutiara serta di belakang Politeknik Seberang Perai. Sebelum tahun 2002 , ibubapa yang menetap di Taman Hj Mohd Amin, Ptg Sg Nibong, Ptg Batu dan Kebun Sireh telah menghantar anak-anak mereka ke SMK Sama Gagah dan SMK Ptg Rawa, jarak yang agak jauh dari rumah, bagi mengatasi masalah ini kerajaan telah membina sebuah sekolah menengah di Bandar PERDA.

SMK Bandar Baru PERDA mula beroperasi pada tahun 2002 dengan bilangan pelajar seramai 127 orang ( tingkatan 1 ). Bilangan guru 11 orang dan 2 orang staf sokongan. Didirikan di atas tanah seluas 3.02 ekar, terdiri 4 buah bangunan 4 tingkat, lengkap dengan 6 buah makmal sains, sebuah makmal komputer serta bengkel KH. Pada tahun 2003, seramai 87 orang pelajar tingkatan 4 mula ditempatkan. Calon PMR dan SPM kali pertama pada tahun 2004.

FALSAFAH SEKOLAH
Mendapat pendidikan ialah hak seorang pelajar. Mereka boleh dididik dan diajar serta boleh mencapai kejayaan. Sekolah bertanggungjawab untuk mendidik, mengajar, mengasuh dan memupuk mereka untuk menjadi insan yang seimbang dan harmoni (intelek, rohani, emosi dan jasmani).
Matlamat ini cicapai melalui penyuburan potensi pelajar daripada penggemblengan tenaga para guru secara bersepadu dan memahami bahawa mendidik, mengajar dan belajar adalah satu ibadah.

VISI
Melonjakkan kecemerlangan SMBBP sebagai sekolah perdana antara sekolah harian biasa di daerah Seberang Perai Tengah dan juga di Pulau Pinang.

MISI
  1. Melahirkan modal insan yang berketerampilan dan bersahsiah mulia.
  2. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.
  3. Mewujudkan hubungan yang kolaboratif dengan pelanggan sekolah.
  4. Mengamalkan pentadbiran dengan pengurusan pendidikan berkualiti, telus dan berintegriti.
MOTTO SEKOLAH

"BERILMU, BERIMAN, BERAMAL,BERAKHLAK"


 
LAGU SEKOLAH

Kami warga SMK
Bandar Baru PERDA yang tercinta
Bersatu kita majukan
Demi capai kejayaan

Bersama melafazkan
Ikrar sumpah taat dan setia
Hormati segala usaha murni
Menjadi Insan yang disanjungi


Berilmu berlandaskan obor
Menerangi kegelapan
Beriman jadikan pedoman
Panduan dalam kehidupan
Beramal seikhlas hati
Bertekad curahkan bakti
Berakhlak sifat yang terpuji
Oh Tuhan Berkatilah usaha kami


Impian dan wawasan
Pastikan dalam genggaman
Kecemerlangan kegemilangan
Tanggungjawab kita semua
SMK Bandar Baru PERDA
Kebanggaan kita


 
Copyright © Latarbelakang SMK Bandar Baru Perda - Blogger Theme by BloggerThemes & freecsstemplates - Sponsored by Internet Entrepreneur